Cari Blog Ini

Khamis, 22 November 2012

Kerja oh kerja

Dah beberapa bulan duk kerja ni. Raya pun dah berlalu. Kerja dulu? Oh.. cerita yang amat menyedihkan. Apa yang buat sedih? Macam-macam perkara yang buat aku sedih. SEDIH sebab hanya dapat bertahan 3 bulan sahaja. SEDIH sebab aku memang suka sangat kerja ni. SEDIH sebab kerana orang lain aku terpaksa melupakan cita-cita aku. SEDIH dan SEDIH dan SEDIH... Banyak pengajaran yang aku dapat.
1) Jangan guna "cable" masa mintak kerja. Huhuhuhu....
2) Cuba abaikan persekitaran yang banyak "politik" ditempat kerja.
3) Jangan "show off" bakat yang ada pada diri jika tidak diperlukan kerana akhirnya sendiri yang terbeban 
    dengan kerja orang lain.
4)  Paling penting adalah tinggikan tahap kesabaran dalam menempuh alam pekerjaan walaupun tidak
     seindah mana.
Semoga tips di atas membantu aku dan kawan-kawan untuk mendapat kerja ditempat lain yang lebih bagus serta menjadikan aku pekerja yang TERBAIK DALAM TERBILANG.
 Apa pun happy dengan kerja sekarang. tengah count down nak genapkan setahun bekerja.. Alhamdulillah..

Isnin, 11 Julai 2011

SENTAP KE?

Kadang-kadang terfikir sangat kenapa ada orang yang sentiasa nak tersentap a.k.a terasa hati bila kita berkata atau keluarkan pandangan. Padahal benda tu semua adalah kenyataan. Ada orang kata sebab lenggok bahasa yang tak betul atau menghiris. Tidak la dinafikan bahawa penggunaan bahasa dan ayat yang berlapik amat digalakan tapi macam mana orang yang mendengar dan menerimanya juga penting. Contohnya perkataan SAYANG. Ianya tidak hanya terikat pada pasangan suami isteri, ibu bapa & anak atau pasangan bercinta. Ianya umum, selain dari orang yang menyampaikan harus betul kita yang mendengar juga harus memperbetulkan pemahaman dan bersikap terbuka atas apa yang bakal orang lain sampaikan. Jangan berfikiran negatif sehingga merosakan hati kita walaupun kata-kata tersebut "macam sampah" dan juga jangan mengeluarkan pendapat yang "macam sampah" jika tidak mahu disalaherti. Walaupun kita tidak dilahirkan sebagai orang yang baik atau alim ulama' seharusnya sebagai khalifah di bumi Allah ini kita kena sentiasa berbuat baik... Insya Allah segalanya akan selamat.










"Buat baik jangan sekali, buat jahat berpada-pada............."










Sabtu, 9 Julai 2011

PANTAS MASA BERLALU



Diam tak diam hampir 4 bulan aku tak menulis di blog ni. Hampir terlupa kata laluan. Emmm..dah tua rupanya..







JUNE 2011



Aku kembali mengganggur. Kecewa sangat. Bukan tempat tu tak bagus tapi mungkin aku tak cukup bagus. Tak sangka, orang "KITA" mudah lupa bila dan berada di atas. Suka bermuka-muka. Apa yang diaorang dapat??? Ya...Diaorang dapat pangkat.. Aku tau abang tak suka, tapi aku memang tak boleh stay dah kalau macam gitu. Insya Allah, aku akan cuba cari rezeki yang lain. Aku pening jugak sebab banyak yang aku pikir terutama sekali apa yang bakal aku tanggung. Ya Allah, berikan penyeleaian kepada permasalahan aku ini...







07 JULY 2011



HAPPY 4TH ANIVERSARY ....... Sambutan yang biasa dan tiada yang istimewa... kalau tak celebrate pun tarikh ni tetap tiba dan berlalu..Hemmmm....



"HIDUP INI SEMENTARA. BERLARILAH KE MANA SAJE KAMU MAU LARI SELAGI MANA KAMU MAMPU. WALAU KE MANA KAMU BERLARI KESEDIHAN ITU TETAP AKAN MEMBELENGGU KAMU. BERDOALAH DAN TAWAKAL AGAR SEGALA KEMELUT ITU TIDAK SELALU TERSIMPUL DAN AKAN TERURAI AKHIRNYA"

Jumaat, 4 Mac 2011

~Kerja Baru~


Tanggal 01/03/2011 aku menerima panggilan dari SYMPHONY HOUSE BERHAD. Alhamdulillah aku diterima bekerja. Tapi berat hati nak meninggalkan syarikat yang telah 7 tahun aku uruskan. Aku yang memulakan kenapa harus aku yang mengakhiri?? Sepanjang minggu hati aku resah dan gelisah bagaimana nak beritahu Bos. Aku tak mungkin akan melepaskan peluang ini walaupun aku belum tahu apakah keadaannya nanti. 03/03/2011 aku memberanikan diri untuk beritahu Bos tentang hal ini. Dia agak tergamam tapi dia cakap dia juga tidak ada hak untuk menahan aku untuk terus bekerja disini dengan bayaran yang tidak diketahui. Aku ada cakap kalau dia ada jaminan untuk aku stay at least 15 tahun akan datang, aku akan stay. Tapi dia pun tak boleh nak bagitau jawapan. Kejamkah aku?? Bila dah luahkan akhirnya kegelisahan aku berkurangan tapi tetap ada. Hemmm...Bukannya aku dan abang nak tinggalkan dia, tapi dia yang buka mulut dulu. Bila keputusan dan diperolehi aku dan abang rasanya tak boleh nak undur lagi. Abang pun dah masuk 5 hari bekerja di Mydin. Itu pun abang dah kena amik cuti sebab nak hantar aku pergi medical check-up hari sabtu 05/03/2011 ni. Kerja tak berat tapi perlukan driving skill yang tinggi. Kami selalu berdoa setiap pagi agar dimurahkan rezeki dan disucikan rezeki kami. Agaknya inilah yang Allah berikan. Moga keputusan ini akan memberikan rezeki kami berlipat ganda dan yang paling penting suci & halal. Amin.......... Apa yang bakal berlaku dalam urusan kerja kami pada masa hadapan hanya Allah yang tahu, kami memohon yang terbaik dari MU YA ALLAH..

Khamis, 3 Mac 2011

Barang yang lepas...


25/02/2011 Jumaat malam kami bergerak balik ke Johor Bahru. Riang sungguh rasa dihati maklum la nak balik ke negeri kelahiran. Aku bangga menjadi anak jati Johor walaupun Johor telah hampir 4 tahun ku tinggalkan. Masih terasa kesegaran bangun pagi di Johor. Bau rumput ditepi rumah yang baru dipotong oleh pekerja asing dengan upah RM5. Murahkan..hehehe Pagi sabtu balik Rengit tempat kelahiran arwah mak. Melawat keluarga Mak Mah yang telah kehilangan. Bila aku sampai kat sana, ramai anak-anak dia. Jadi aku berjumpa dengan sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. Aku tengok Mak Mah kurus sangat dan kudrat pun dah berkurangan. Dalam diam diaorang rupa-rupanya memendam satu cerita lama yang tidak terungkai dan tidak dapat dipastikan apa usulnya. Benda dah lepas dah bertahun. Umur kita pun makin lama semakin meningkat bukan berkurang pun. Kalau betul perkara itu masih terbuku jumpa tuan empunya badan kita bincang depan janganlah buat andaian yang bukan-bukan. Kerana andaian itulah macam-macam yang timbul. Betul kata arwah Pakcik Ali memutuskan silatur rahim memang senang nak mewujudkannya amatlah payah. Aku dah perjelaskan semuanya terpulangla pada yang mendengar dan yang menerima. Harapan aku agar apa yang terbuku akan terluah apa yang tersimpul akan terungkai terutama sekali pada tuan punya badan. Moga silatur rahim ini akan berkelakalan hendaknya kelak walaupun aku telah tiada dimuka bumi ini..Amin

Selasa, 22 Februari 2011

Kenapa ekk????

Kekadang terasa hati sangat. Tapi kekadang tu cam bodoh jek nak terasa. Dia cakap tak pernah lembut. Asyik nak meninggi suara. Abis macam mana aku nak berlemah-lembut?? Kadang-kadang penting juga berlembut. Kenapa dengan orang lain dia boleh, kenapa dengan aku dia tak boleh. Macam-macam alasan dia yang kadang kala itu hanyalah alasan. Kenapa ekkk... Bukan susah pun..