Cari Blog Ini

Selasa, 19 November 2013

Diabets Ketika Hamil

Ramai dalam kalangan wanita yang hamil tidak mengetahui dia menghidap kencing manis atau dikenali sebagai "Diabetes Gestasi". Macam tak percaya juga sebab sebelum kehamilan tidak pernah pun menghadapi masalah ini. Puas jugak aku bersoal jawab dengan doktor dan jururawat yang ada di klinik kesihatan kerajaan mahupun swasta. Tapi jawapan yang diterima adalah sama. Ibu mengandung kebiasaannya menghadapai masalah penghadaman gula. Mereka juga memberitahu kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang dengan sendiri setelah proses kelahiran. Jadi kepada ibu-ibu yang hamil jangan terperanjat nanti bila tiba-tiba jururawat atau doktor memberitahu anda menghidap kencing manis.

Untuk makluman di bawah adalah golongan-golongan wanita yang berisiko untuk mendapat "Diabetes Gestasi" sewaktu hamil :
1) Berat badan melebihi 80kg sewaktu hamil.
2) Sejarah keluarga
3) Hamil anak kembar
4) Masalah diabetes pada masa kehamilan sebelumnya.
5) Melahirkan anak lebih daripada 4kg sebelumnya.

Keadaan ini sebenarnya memberikan risiko keguguran kepada ibu-ibu hamil. Adakalanya mereka perlu ditahan di wad kerana perlukan pemantauan. Kebiasaannya doktor akan menyarankan ujian diagnosis MGTT atau OGTT dimana ibu yang hamil dikehendaki berpuasa bermula dari malam sebelum pengambilan darah. (Biasanya bermula jam 12.00 tengah malam). Ibu hamil dikehendaki mengambil darah seawal jam 8.00 pagi hari berikutnya, setelah itu secawan air gula akan diberikan kepada ibu hamil dan perlu datang semula setelah 2 jam pengambilan air gula tanpa sebarang makan (masih berpuasa). Air masak dibolehkan tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Setelah semuanya selesai, barulah boleh berbuka puasa. Cuma bagi pendapat aku yang sudah melaluinya, ujian ni adakala membuat perut berasa loya dan kepala akan pening. Jika kita muntah maka ujian hari tersebut harus diulangi semula dengan mengambil air gula atau dibuat pada satu masa yang lain. Dan proses pengambilan darah dilengan juga amat menyakitkan bagi jururawat yang tidak begitu mahir mencari urat pesakit terutama pesakit yang berbadan besar. Bacaan gula semasa berpuasa mestilah kurang daripada 5.6mmol/liter dan selepas 2 jam pengambilan air gula adalah kurang daripada 7.7mmol/liter. Tetapi ianya bergantung kepada doktor yang merawat jika berat badan ibu hamil lebih daripada 80kg makan bacaan 7.5mmol/liter selepas 2 jam pengambilan air gula juga dianggap tinggi dan perlukan pemantauan sekali gus menaikan kita kepada satu lagi calit / pangkat (pada buku lawatan ibu hamil).

Berikut adalah risiko yang mungkin berlaku kepada bayi yang ibunya menghidapi diabetes gestasi :
1) Bayi akan menjadi terlalu besar.
2) Bayi yang lahir mungkin mengalami gula dalam darah yang rendah (Hipoglesemia)
3) Bayi berisiko mendapat kuning (Juandis)
4) Bayi berisiko cacat.
5) Bayi berisiko menghadapi pelbagai masalah jantung antaranya jantung berlubang, masalah injap dan lain-lain.

Ibu yang telah disahkan menghidapi diabetes gestasi perlu melahirkan anak dua minggu lebih awal untuk menggelakan pelbagai komplikasi samada pada ibu ataupun bayi. Jika sudah sampai 40 minggu ibu masih tidak bersalin, pakar sakit puan akan mengarahkan ibu dimasukan ke wad bersalin dan diminta melahirkan (secara normal / pembedahan).

Apa pun bagi ibu-ibu yang hamil jangan terlalu risau akan keadaan ini dan hendaklah menjaga pemakanan dan banyakan minum air masak. Rujuk doktor atau jururawat jika terdapat sebarang permasalahan jangan dengar cakap-cakap orang sekeliling yang tidak tahu akan hal ini yang kadang kala membuatkan darah tinggi kita pula naik. Apapun semoga info ini berguna kepada ibu-ibu hamil dan bakal ibu. Terima kasih kepada jururawat-jururawat dan doktor-doktor (klinik kerajaan & swasta) yang memberikan info dan sabar melayan kerenah aku yang hampir naik angin ketika diberitahu keadaan ini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan