Cari Blog Ini

Isnin, 11 Julai 2011

SENTAP KE?

Kadang-kadang terfikir sangat kenapa ada orang yang sentiasa nak tersentap a.k.a terasa hati bila kita berkata atau keluarkan pandangan. Padahal benda tu semua adalah kenyataan. Ada orang kata sebab lenggok bahasa yang tak betul atau menghiris. Tidak la dinafikan bahawa penggunaan bahasa dan ayat yang berlapik amat digalakan tapi macam mana orang yang mendengar dan menerimanya juga penting. Contohnya perkataan SAYANG. Ianya tidak hanya terikat pada pasangan suami isteri, ibu bapa & anak atau pasangan bercinta. Ianya umum, selain dari orang yang menyampaikan harus betul kita yang mendengar juga harus memperbetulkan pemahaman dan bersikap terbuka atas apa yang bakal orang lain sampaikan. Jangan berfikiran negatif sehingga merosakan hati kita walaupun kata-kata tersebut "macam sampah" dan juga jangan mengeluarkan pendapat yang "macam sampah" jika tidak mahu disalaherti. Walaupun kita tidak dilahirkan sebagai orang yang baik atau alim ulama' seharusnya sebagai khalifah di bumi Allah ini kita kena sentiasa berbuat baik... Insya Allah segalanya akan selamat.










"Buat baik jangan sekali, buat jahat berpada-pada............."










Sabtu, 9 Julai 2011

PANTAS MASA BERLALU



Diam tak diam hampir 4 bulan aku tak menulis di blog ni. Hampir terlupa kata laluan. Emmm..dah tua rupanya..







JUNE 2011



Aku kembali mengganggur. Kecewa sangat. Bukan tempat tu tak bagus tapi mungkin aku tak cukup bagus. Tak sangka, orang "KITA" mudah lupa bila dan berada di atas. Suka bermuka-muka. Apa yang diaorang dapat??? Ya...Diaorang dapat pangkat.. Aku tau abang tak suka, tapi aku memang tak boleh stay dah kalau macam gitu. Insya Allah, aku akan cuba cari rezeki yang lain. Aku pening jugak sebab banyak yang aku pikir terutama sekali apa yang bakal aku tanggung. Ya Allah, berikan penyeleaian kepada permasalahan aku ini...







07 JULY 2011



HAPPY 4TH ANIVERSARY ....... Sambutan yang biasa dan tiada yang istimewa... kalau tak celebrate pun tarikh ni tetap tiba dan berlalu..Hemmmm....



"HIDUP INI SEMENTARA. BERLARILAH KE MANA SAJE KAMU MAU LARI SELAGI MANA KAMU MAMPU. WALAU KE MANA KAMU BERLARI KESEDIHAN ITU TETAP AKAN MEMBELENGGU KAMU. BERDOALAH DAN TAWAKAL AGAR SEGALA KEMELUT ITU TIDAK SELALU TERSIMPUL DAN AKAN TERURAI AKHIRNYA"

Jumaat, 4 Mac 2011

~Kerja Baru~


Tanggal 01/03/2011 aku menerima panggilan dari SYMPHONY HOUSE BERHAD. Alhamdulillah aku diterima bekerja. Tapi berat hati nak meninggalkan syarikat yang telah 7 tahun aku uruskan. Aku yang memulakan kenapa harus aku yang mengakhiri?? Sepanjang minggu hati aku resah dan gelisah bagaimana nak beritahu Bos. Aku tak mungkin akan melepaskan peluang ini walaupun aku belum tahu apakah keadaannya nanti. 03/03/2011 aku memberanikan diri untuk beritahu Bos tentang hal ini. Dia agak tergamam tapi dia cakap dia juga tidak ada hak untuk menahan aku untuk terus bekerja disini dengan bayaran yang tidak diketahui. Aku ada cakap kalau dia ada jaminan untuk aku stay at least 15 tahun akan datang, aku akan stay. Tapi dia pun tak boleh nak bagitau jawapan. Kejamkah aku?? Bila dah luahkan akhirnya kegelisahan aku berkurangan tapi tetap ada. Hemmm...Bukannya aku dan abang nak tinggalkan dia, tapi dia yang buka mulut dulu. Bila keputusan dan diperolehi aku dan abang rasanya tak boleh nak undur lagi. Abang pun dah masuk 5 hari bekerja di Mydin. Itu pun abang dah kena amik cuti sebab nak hantar aku pergi medical check-up hari sabtu 05/03/2011 ni. Kerja tak berat tapi perlukan driving skill yang tinggi. Kami selalu berdoa setiap pagi agar dimurahkan rezeki dan disucikan rezeki kami. Agaknya inilah yang Allah berikan. Moga keputusan ini akan memberikan rezeki kami berlipat ganda dan yang paling penting suci & halal. Amin.......... Apa yang bakal berlaku dalam urusan kerja kami pada masa hadapan hanya Allah yang tahu, kami memohon yang terbaik dari MU YA ALLAH..

Khamis, 3 Mac 2011

Barang yang lepas...


25/02/2011 Jumaat malam kami bergerak balik ke Johor Bahru. Riang sungguh rasa dihati maklum la nak balik ke negeri kelahiran. Aku bangga menjadi anak jati Johor walaupun Johor telah hampir 4 tahun ku tinggalkan. Masih terasa kesegaran bangun pagi di Johor. Bau rumput ditepi rumah yang baru dipotong oleh pekerja asing dengan upah RM5. Murahkan..hehehe Pagi sabtu balik Rengit tempat kelahiran arwah mak. Melawat keluarga Mak Mah yang telah kehilangan. Bila aku sampai kat sana, ramai anak-anak dia. Jadi aku berjumpa dengan sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. Aku tengok Mak Mah kurus sangat dan kudrat pun dah berkurangan. Dalam diam diaorang rupa-rupanya memendam satu cerita lama yang tidak terungkai dan tidak dapat dipastikan apa usulnya. Benda dah lepas dah bertahun. Umur kita pun makin lama semakin meningkat bukan berkurang pun. Kalau betul perkara itu masih terbuku jumpa tuan empunya badan kita bincang depan janganlah buat andaian yang bukan-bukan. Kerana andaian itulah macam-macam yang timbul. Betul kata arwah Pakcik Ali memutuskan silatur rahim memang senang nak mewujudkannya amatlah payah. Aku dah perjelaskan semuanya terpulangla pada yang mendengar dan yang menerima. Harapan aku agar apa yang terbuku akan terluah apa yang tersimpul akan terungkai terutama sekali pada tuan punya badan. Moga silatur rahim ini akan berkelakalan hendaknya kelak walaupun aku telah tiada dimuka bumi ini..Amin

Selasa, 22 Februari 2011

Kenapa ekk????

Kekadang terasa hati sangat. Tapi kekadang tu cam bodoh jek nak terasa. Dia cakap tak pernah lembut. Asyik nak meninggi suara. Abis macam mana aku nak berlemah-lembut?? Kadang-kadang penting juga berlembut. Kenapa dengan orang lain dia boleh, kenapa dengan aku dia tak boleh. Macam-macam alasan dia yang kadang kala itu hanyalah alasan. Kenapa ekkk... Bukan susah pun..

Jumaat, 18 Februari 2011

KEGAIRAHAN YG SEMAKIN PUDAR





Kalau tengok tajuk yang aku nak luahkan ni nampak macam lucah, nampak macam kelakar pun ada jugak.. Tapi itulah yang terpaksa dihadapi oleh setiap orang especially yang sudah berkahwin dan mempunyai ramai anak. Tapi sebenarnya ramai anak bukan faktornya sebab ada sesetengahnya walaupun ramai anak pasangan tersebut masih lagi berdua-duaan, bergurau senda dan macam-macam lagilah. Aku ada dapat satu emmm nak kata apa ye..pepatah orang lama pun tidak, peribahasa pun tidak tapi ayat-ayatnya memang ada betulnya. Macam ni bunyinya:









" 5 Dulu dan 5 Sekarang....Dulu suka berterus terang tapi sekarang suka menipu..Dulu tidur mengadap muka tapi sekarang berlaga punggung..Dulu suka pakai minyak wangi tapi sekarang pakai minyak angin..Dulu 12 kali sebulan tapi sekarang 12 bulan sekali..Dulu keras menunggu tapi sekarang menunggu keras kadang-kadang tunggu tak keras-keras.."





















Samada ianya kebetulan atau pengalaman si penulis pun aku tak tahu. Tapi sekarang macam-macam yang aku dengar. Baru-baru ni kat Selangor FM DJ Andy Hakim pun ada membincangkan tentang ni jugak. Ramai la suri rumah tangga dan kaum-kaum Hawa yang bagi komen. Kaum Adam ada jugak tapi hanya 20%. Yelah sebenarnya aku tak salahkan 100% pada kaum adam sebab kaum hawa pun ada salah jugak. Sebagai contoh macam ayat kat atas tadi dulu masa bercinta pakai minyak wangi tapi bila dah kahwin lama sikit tidur malam yang perempuan mesti nak sapu minyak angin. Tapi bila aku pikir balik dan tengok kehidupan wanita yang sudah berkahwin memang penat. Ada jugak yang cakap wanita dilahirkan untuk penat. Aku sangkal kata-kata itu carilah mana-mana hadith atau terjemahan Al-Quran yang ada kata sebegitu. Tanyalah mana-mana ustaz dan ustazah betul ke wanita dilahirkan untuk penat. jawapannya T.I.D.A.K.......Aku perhatikan sendiri wanita yang telah berkahwin walaupun bekerja, balik tetap kena memasak, membasuh, kemas rumah, uruskan anak, uruskan suami dan uruskan diri. Kalau dia bekerja dari jam 8 pagi sampai sampai 5 petang sahaja sudah cukup meletihkan. Sebelum suami dan anak-anak bangun jam 6 pagi si isteri/ibu ni dah sibuk bangun mengemas dan membuat sarapan. Selepas pulang bekerja bukannya dapat duduk relax kadang-kadang sampai rumah jam 7 (bagi yang menaiki penggangkutan awam atau jalan jem) tak rehat. Tak sempat tukar baju dah kena uruskan anak-anak dulu. Mana nak memasak, membasuh, solat dan lain. Lebih-lebih lagi kalau dapat suami yang memang berat tulang especially tulang punggungnya. Lepas makan basuh pinggan, lipat kain, siapkan pakaian yang nak dipakai esok dah jam 11 malam. Baru nak melelapkan mata, dah suami minta dilayan. Itu semua wanita tak pernah mengeluh. Tapi walaupun dah buat sebaik mungkin, tetap ada kekurangan yang terlihat dimata lelaki a.k.a suami. Dah dia akan compare hasil kita dengan orang lain. Dah lah letih bila jadi macam tu lagi la letih. Jadi dimanakah kegairahan akan muncul???

Pemergian..


TAKZIAH buat kaum keluarga Tn Hj Ali bin Hj Sirat (abang ipar arwah emak) yang telah kembali ke rahmatullah pada 16/02/2011 bersamaan 13 Rabiul Awal 1432H yang lalu. Tapi apakan daya niat dihati memang nak balik mengziarahi tapi hanya Allah saje yang tahu mengapa. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang beriman. Moga doa ku sampai kepada arwah.


Bila dengar berita pemergian arwah, satu per satu kenangan terbayang diruang ingatan. Kali terakhir berjumpa arwah pada hari raya yang lepas. Arwah pakcik Ali memang baik orangnya nampak saja garang. Maklum la arwahnya seorang bekas tentera. Kalau dulu masa aku kecil, selalu balik ke kampung dan singgah dirumahnya. Tapi bila dah besar ni dan sejak arwah emak meninggal hanya setahun sekali balik. Bila difikirkan kembali tak tahu dimana silapnya tapi apa yang penting kesilapan dari diri sendiri tetap ada. Kenapa kita rasa bersalah sesuatu terjadi ye kena kita tak rasa bersalah selagi tak terjadi apa? Aku harap agar apa yang berlaku akan dapat memperbaiki apa yang salah.

Isnin, 14 Februari 2011

M.A.A.F dan T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H


Selalu ingat dalam hidup ini jangan pernah anda melupakan 2 perkataan ajaib ini "MAAF" dan "TERIMA KASIH". Mungkin bagi sesetengah anda terutamanya kaum adam mengatakan perkara ini remeh tapi tahukah anda dengan hanya meminta maaf yang tulus kepada seorang wanita ini telah membantunya melanjutkan usianya. Berapa lama? Hanya ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui. Beberapa kajian telah dilakukan oleh pakar perubatan dari sebuah universiti di Amerika Syarikat mengatakan bahawa wanita yang dikasari samada dari segi perbuatan atau perkataan akan menyebabkan peningkatan darah yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan stroke.


Maka sayangilah pasangan anda, jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. Special 2 magic words ini akan membuatkan anda tenang dan pasangan anda bertambah sayang. Remeh tapi amat bermanfaat.

Selasa, 8 Februari 2011

DUGAAN BARU

Januari 2011 telah seminggu berlalu dengan harapan awal tahun ini dapat berjalan lancar penuh keceriaan dan kebahagiaan. Tapi apa kan daya harapan yang diharapkan hanya tinggal harapan. Keceriaan dan kebahagiaan yang diimpikan juga tidak selalu hadir. Kenapa ek? Sedih ke? Marah ke? Yang penting perkhabaran yang diterima benar-benar menguji kesabaran. Dalam keadaan macam ni tidak akan ada yang benar-benar paham, tapi yang faham memang banyak. Nak menangis, rasa dah tak terkeluar air mata. Malu juga kalau ada orang nampak aku menangis. Sure tak leh nak jawab kalau orang lain tanya "Kenapa kau nangis?"... Dikala ditimpa musibah macam ni macam-macam juga perkara yang berlaku yang menguji kesabaran. Masing-masing sebenarnya buntu memikirkan jalan keluar. Walau apa pun masing-masing kena belajar bersabar sehingga ketahap maksimum. Mustahil tak ada jalan keluar langsung. Memang ada tapi masing-masing tetap kena berkorban. Kalaupun masing-masing sanggup menghadapi sekarang tapi ada ketika masing-masing "meletup" setelah sekian lama memendam rasa. Itu aku tak nafikan. Salah siapa? Segalanya berkemungkinan. Apa yang aku terus lakukan adalah berdoa pada Allah. DIA maha berkuasa dan mengetahui. Aku berdoa agar masing-masing tetap bersama walau apa terjadi, tetap saling menyayangi dan tetap membela nasib bersama. Insya Allah.

Khamis, 27 Januari 2011

Tahun Baru..Azam Lama kot...

Diam tak diam rasanya setahun lebih aku terlupa akan blog ni..kelakar..tu pun sahabat baik aku yg ingatkan..thanks a lot my best friend PN.JUANITA ABDULLAH SANI aka Mrs.Rizal.. huhuhu.. Tahun baru muncul lagi. Macam-macam azam yang aku dengar. Tapi aku rasa aku nak fullfuill dulu azam tahun lepas. Ye la asyik berazam jek, jadinya idak..Aku chat ngan eta hari ni. Aku cakap kat eta aku sihat tp "sakit" nasib baik eta paham.. Emm..kalau boleh tak nak la "sakit" mcm ni. Bila dah macam ni satu badan rasa tak kena. Kenapa ekk mesti macam ni. Eta kata kena banyak sabar, banyak istifar dan banyak macam-macam la. Oh ya tetiba teringat ayah ada cakap ikhlaskan apa yang dah terjadi. Emm.. maka kat sini aku kena belajar ikhlas dan faham apa yang dikatakan ikhlas. Mungkin akan ambil masa dan mungkin terkadang akan terlupa juga. Insya Allah selagi daya aku akan cuba dan buat sampai boleh..Chiayookkk..