Cari Blog Ini

Jumaat, 4 Mac 2011

~Kerja Baru~


Tanggal 01/03/2011 aku menerima panggilan dari SYMPHONY HOUSE BERHAD. Alhamdulillah aku diterima bekerja. Tapi berat hati nak meninggalkan syarikat yang telah 7 tahun aku uruskan. Aku yang memulakan kenapa harus aku yang mengakhiri?? Sepanjang minggu hati aku resah dan gelisah bagaimana nak beritahu Bos. Aku tak mungkin akan melepaskan peluang ini walaupun aku belum tahu apakah keadaannya nanti. 03/03/2011 aku memberanikan diri untuk beritahu Bos tentang hal ini. Dia agak tergamam tapi dia cakap dia juga tidak ada hak untuk menahan aku untuk terus bekerja disini dengan bayaran yang tidak diketahui. Aku ada cakap kalau dia ada jaminan untuk aku stay at least 15 tahun akan datang, aku akan stay. Tapi dia pun tak boleh nak bagitau jawapan. Kejamkah aku?? Bila dah luahkan akhirnya kegelisahan aku berkurangan tapi tetap ada. Hemmm...Bukannya aku dan abang nak tinggalkan dia, tapi dia yang buka mulut dulu. Bila keputusan dan diperolehi aku dan abang rasanya tak boleh nak undur lagi. Abang pun dah masuk 5 hari bekerja di Mydin. Itu pun abang dah kena amik cuti sebab nak hantar aku pergi medical check-up hari sabtu 05/03/2011 ni. Kerja tak berat tapi perlukan driving skill yang tinggi. Kami selalu berdoa setiap pagi agar dimurahkan rezeki dan disucikan rezeki kami. Agaknya inilah yang Allah berikan. Moga keputusan ini akan memberikan rezeki kami berlipat ganda dan yang paling penting suci & halal. Amin.......... Apa yang bakal berlaku dalam urusan kerja kami pada masa hadapan hanya Allah yang tahu, kami memohon yang terbaik dari MU YA ALLAH..

Khamis, 3 Mac 2011

Barang yang lepas...


25/02/2011 Jumaat malam kami bergerak balik ke Johor Bahru. Riang sungguh rasa dihati maklum la nak balik ke negeri kelahiran. Aku bangga menjadi anak jati Johor walaupun Johor telah hampir 4 tahun ku tinggalkan. Masih terasa kesegaran bangun pagi di Johor. Bau rumput ditepi rumah yang baru dipotong oleh pekerja asing dengan upah RM5. Murahkan..hehehe Pagi sabtu balik Rengit tempat kelahiran arwah mak. Melawat keluarga Mak Mah yang telah kehilangan. Bila aku sampai kat sana, ramai anak-anak dia. Jadi aku berjumpa dengan sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. Aku tengok Mak Mah kurus sangat dan kudrat pun dah berkurangan. Dalam diam diaorang rupa-rupanya memendam satu cerita lama yang tidak terungkai dan tidak dapat dipastikan apa usulnya. Benda dah lepas dah bertahun. Umur kita pun makin lama semakin meningkat bukan berkurang pun. Kalau betul perkara itu masih terbuku jumpa tuan empunya badan kita bincang depan janganlah buat andaian yang bukan-bukan. Kerana andaian itulah macam-macam yang timbul. Betul kata arwah Pakcik Ali memutuskan silatur rahim memang senang nak mewujudkannya amatlah payah. Aku dah perjelaskan semuanya terpulangla pada yang mendengar dan yang menerima. Harapan aku agar apa yang terbuku akan terluah apa yang tersimpul akan terungkai terutama sekali pada tuan punya badan. Moga silatur rahim ini akan berkelakalan hendaknya kelak walaupun aku telah tiada dimuka bumi ini..Amin